Subscribe:

Pengenalan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar ialah sebuah jabatan yang terlibat secara langsung dengan semua pelajar di IPG KBA. Bermula dengan pendaftaran pelajar-pelajar baru, Jabatan HEP membantu pelajar-pelajar meningkatkan pengetahuan dan maklumat mengenai proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Di samping itu, Program Minggu Pengurusan Pelajar juga bertujuan untuk mewujudkan suasana selesa dan harmoni sesama pelajar. Di samping membantu meningkatkan kebajikan pelajar, Jabatan HEP juga mengawal disiplin pelajar dan memberi khidmat kaunseling.


Visi

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa sebagai pusat kecemerlangan pendidikan guru dan pembangunan insan yang terkenal di rantau ini selaras dengan aspirasi negara.


Misi

Sebagai pusat kecemerlangan pendidikan guru dan pembangunan insan, visi IPG KBA akan dicapai dengan:
  • Mengadakan latihan-latihan perguruan yang berkualiti untuk sektor awam, swasta dan antarabangsa.
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada pelanggan dengan cekap.
  • Memberi perkhidmatan kepakaran dan kaunseling kepada pelajar.
  • Menyediakan program latihan yang berkualiti melalui integrasi antara jabatan-jabatan di IPG KBA.
  • Menjana, menyebar dan menerap ilmu secara strategik dan inovatif bagi memperkasakan profesion perguruan.

Fungsi Jabatan
  • Menyediakan program orientasi pelajar baru yang dapat memenuhi aspirasi IPG KBA dan negara.
  • Menyediakan tempat penginapan yang selesa dan kondusif serta selamat untuk pertumbuhan diri yang sihat.
  • Menyediakan program motivasi dan menanamkan nilai murni (seperti kursus Bina Insan Guru) kearah pembinaan kendiri yang unggul.
  • Menyediakan program pencegahan seperti pencegahan penyalahgunaan dadah supaya pelajar yang dilahirkan ini bebas daripada penyalahgunaan dadah dan dapat memberi pendidikan terhadap masalah tersebut.
  • Memupuk keperibadian dan perwatakan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Objektif Jabatan
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti pelajar selaras dengan dasar pendidikan negara.
  • Meningkatkan kecekapan pengurusan HEP pada tahap cemerlang.
  • Melaksanakan tugas mengikut perancangan dan mencapai tahap yang disasarkan.
  • Memperkembangkan bakat kepimpinan MPP serta mempunyai wawasan kendiri.
  • Mempertingkatkan etika dan disiplin pelajar mengikut peraturan institut dan akta 174.

Skop Tugas
  • Pendaftaran pelajar baru KPLI, KDPM, KDC, PKPG.
  • Menguruskan minggu pengurusan pelajar baru.
  • Menguruskan urusan kediaman pelajar.
  • Menguruskan kebajikan pelajar.
  • Menguruskan pelajar bermasalah dengan pendekatan kaunseling.
  • Menguruskan urusan disiplin pelajar.
  • Menguruskan perkembangan sahsiah keguruan pelajar melalui aktiviti-aktiviti tutorial.
  • Menyelaraskan aktiviti tutorial.
  • Menguruskan projek Bina Insan Guru.